Sunday 1 May 2016

29 April 2016, Jumaat

Sejarah tercatat. Rombongan dari Wilayah Persekutuan Labuan berkunjung ke SMA Maarif, Besut. Macam tak percaya. Tapi, itulah kenyataan. Seramai 6 orang guru, 3 orang ibu bapa dan 26 orang murid SMK Mutiara, Wilayah Persekutuan Labuan telah menjejakkan kaki ke bumi SMA Maarif pada jam 10 pagi hari ini. Menjadi sejarah juga kerana inilah rombongan yang pertama diterima untuk melawat sekolah ini pada hari cuti, hari jumaat. Rombongan ini diketuai oleh Puan Shamsiah bt Ambo, Guru Perpustakaan dan Media. Rombongan telah diberi sambutan mesra oleh Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie (Pengetua), Encik Mohd Azami bin Abd Ghani (PK HEM), Puan Rosmawati bt Yaakub (GKMP VOTEKS), Cikgu Razak bin Abd Rahman (GPM), Cikgu Kahizah bt Abd Kadir dan beberapa guru dan murid.